Angkatan Berkuda Gagah Berani !

Monday, December 5, 2011

Jururawat Tersilap Buang Bayi Yang Masih Hidup (Video dan Gambar)

Assalamualaikum.

Kejadian berlaku disebuah hospital selatan China dimana seroang bayi yang baru dilahirkan dibuang oleh jururawat yang bertugas. Bayi itu dibuang ke dalam beg plastik dan ditinggalkan di dalam bilik air.



Liu Dongmei diberitahu oleh jururawat yang bertugas bahawa bayi lelakinya telah mati ketika dilahirkan. Selepas ditinggalkan selama hampir 30 minit, salah seorang saudara Liu Dongmei yang pergi melihat kembali di bilik air kerana masih ragu-ragu.



Ternyata bayi itu masih bergerak-gerak dalam beg plastik itu. Pengarah hospital tersebut mengakui ia berpunca daripada sikap sambil lewa jururawat dan dan doktor yang bertugas. 4 orang jururawat telah dipecat ekoran kejadian itu.

Dilaporkan bahawa doktor yang memeriksa Liu Dongmei terus berlalu pergi setelah menajalankan tugas memeriksanya dengan meninggalkan beberapa orang jururawat menguruskan kelahiran bayi itu. Setelah menyedari bayi itu tidak menangis, jururawat bertindak membuat keputusan sendiri dengan memasukkannya ke dalam plastik kuning, dan meninggalkannya di dalam bilik air.






sumber: hasnulhadiahmad.com

Bayi itu seberat 1.9 kg dengan ketinggian 45 cm sewaktu dilahirkan. Keadaannya bertamabah baik selepas menjalani rawatan susulan.



p/s: agak-agak kat Malaysia ni, pernah berlaku ke macam ni? Sesungguhnya Dia yang Maha Berkuasa, mematikan apa yang dikehendakiNya dan menghidupkan apayang dikehendakiNya
Comments
0 Comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

busuk.org

apesal.com

 

Semoga dapat manfaat daripada artikel-artikel yang dipaparkan. Kepada para pembaca, sila baca ruangan Nota Untuk Pembaca untuk keamanan sejagat. Terima Kasih.

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India